Fake Smile Can Hide A Million Tears

Fake Smile Can Hide A Million Tears

Friday, 11 October 2013

99% berubah



Dear awak, kenapa sekarang awak berubah? Walaupun hanya 99% perubahan awak tapi bagi saya, saya dapat rasakan perubahan awak yang teramat sangat. Saya tahu setiap masalah yang berlaku bukan berpunca daripada awak saja , saya pun turut terlibat sama tapi satu je saya risau pasal perubahan awak sekarang. Awak dah belajar untuk membohongi saya. Ya awak dah lakukan semua tu. Awak dah lakukan tanpa memikir perasaan saya. Jahat sangat ke saya ni ?

Mungkin Allah nak bagi petunjuk dekat saya. "Dia" telah cerita dari A sampai Z dekat saya. awak nak tahu tak waktu tu saya cukup terkilan. Terkilan dengan apa yang awak dah lakukan. Awak tahukan saya dah terlampau percayakan awak. Awak tahu kan? Awak tahu kan semasa "masalah" itu berlaku saya amat memerlukan sokongan awak. Ya, waktu tu saya dapat apa yang saya nak. Saya dapat sokongan awak. tapi kenapa awak tipu saya. Awak sanggup kan bersubahat dengan dia untuk hancurkan hati saya. Sanggup kan awak? Awak dah tersangat - sangat berubah. Berubah sangat :"(

Awak mintak maaf dengan saya. Awak menangis waktu tu. Hati saya tiba - tiba jadi sayu. Saya maaf kan awak sebab saya sayang awak. Saya masih ingat awak selalu bantu saya. Walaupun saya tak mintak semua tu. Tapi sekarang awak dah tak lakukan semua tu. Awak layan saya nak tak nak je. Maybe sebab saya dah tak rapat dengan awak. Mungkin? Awak tahukan kita ni dah nak masuk 8 tahun bersama. Awak ingat tak awak ada cakap dekat saya yang awak akan jaga hati orang yang awak rapat. Kenapa saya tak! Siapa saya pada awak. Saya tahu awak tahu semua pasal tu kan. Tapi kenapa awak buat jugak?

Awak cakap awak benci dia. Right? Awak dah muak dengan perangai dia. Tapi kenapa awak layan dia macam awak memang kenal lama. Saya? Awak biarkan. Alasan awak sebab saya dah ada orang lain yang boleh menggantikan tempat awak. Tu je? Awak tak fikir apa yang awak dah buat dekat saya masa tu dah tersangat melampau. Banyak kali dah saya cakap dekat awak, jangan layan dia sangat. Tapi awak tak hiraukan semua tu. Awak still nak bela dia. Awak cakap semua yang dia buat pada saya tu perkara biasa. Mmmm biasa bagi awak, bukan bagi saya. Sekali dia cuba nak hancurkan hal peribadi saya, selama - lamanya dia akan terus cuba. Awak tak faham yang tu dan awak tak kan pernah faham.

Sejujur - jujurnya saya sayang awak. Saya ibaratkan awak seorangkan kakak yang boleh membimbing saya. Saya tak nak dendam dengan awak. Saya tak nak. Saya dah serik dah berdendam dengan orang terutamanya awak sebab saya tak nak awak terluka .Sebab tu lah saya tak nak awak berdendam dengan saya. Dan mulai sekarang, saya dah tak nak masuk campur hal peribadi awak lagi. Sebab saya rasa tak layak untuk semua tu. Saya harap awak faham. 

" Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, itu tidak kenalah. Sebab itu sudah tentu ketentuan Allah. Manusia kena akur dengan Allah. Setelah manusia diuji, Allah hendak tahap kesabaran dan keikhlasan kita.Orang kata hidup ini terlalu panjang tetapi sebenarnya hidup ini memang terlalu singkat sebab kita tak tahu apa yang ditakdirkan untuk kita esok hari. Mungkin segalanya akan berakhir dengan cepat. Sekelip mata sahaja berubah. Jadi, perlu persiapkan diri dengan lebih kuat untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang."



' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

No comments:

Small Cute Blue Gray Pointer