Fake Smile Can Hide A Million Tears

Fake Smile Can Hide A Million Tears

Sunday, 10 November 2013

Kisah Di Sebalik Kejayaan Nik Nur Madihah



info: dibaca dr  sini

Ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 diumumkan seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Beliau yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
WARTAWAN: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain. Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
WARTAWAN: Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
NIK NUR MADIHAH: Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
WARTAWAN: Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
NIK NUR MADIHAH: Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini. Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan. Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
WARTAWAN: Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
NIK NUR MADIHAH: Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
WARTAWAN: Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
NIK NUR MADIHAH: Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.
WARTAWAN: Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
NIK NUR MADIHAH: Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
WARTAWAN: Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
WARTAWAN: Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
NIK NUR MADIHAH: Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana. Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
WARTAWAN: Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal. Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
WARTAWAN: Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
NIK NUR MADIHAH: Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
WARTAWAN: Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
NIK NUR MADIHAH: Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
WARTAWAN: Apakah hobi dan cita-cita saudari?
NIK NUR MADIHAH: Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
WARTAWAN: Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
NIK NUR MADIHAH: Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah. Saya akan melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran.
Fakta Mengenai Nik Nur Madihah
  1. Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.
  2. Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.
  3. Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.
  4. Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra.
  5. Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.
  6. Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan datang daripada ibu dan gurunya.
  7. Madihah kata keputusan percubaan SPM nya teruk, 14 A dan 5 B.
  8. Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink.
  9. Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.
Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.
Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur Madihah
Beliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut:
  • Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas.
  • Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.
  • Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.
Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah:
  • 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.
  • Belajar dari kesilapan.
  • Usaha yang terbaik dan bertawakkal – Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong.
  • Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa.
  • Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama – jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.

' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Thursday, 24 October 2013

Coklat dapat meningkatkan memori dan hafalan??



hi guys. Rasanya baru tadi buat entry. Terasa nak buat pulak dah. hehe biasalah orang free nak buat macam mana. Tajuk entry tyrah kali ni ialah " Coklat dapat meningkatkan memori dan hafalan ". eh jap betul ke coklat dapat tingkatkan hafalan? kalau nak tahu sangat - sangatlah korang boleh baca sendiri dekat bawah. Boleh baca kan? oke silakan :3. Sebenarnya entry kali ni tyrah baru je tahu, so tyrah yang baik hati ni nak kongsikan dengan korang. err *perasan

COKLAT SEMEMANGNYA MENINGKATKAN MEMORI DAN HAFALAN



Coklat yang tyrah maksud kan tadi tu bukan saja coklat yang budak ni makan. Banyak lagi coklat yang lain.
Pasal ni pun tyrah tak tahu betul ke tak, jadi tyrah pergilah search sendiri. Tak sangka ada banyak kelebihan rupanya sampai sepuluh. Rugilah siapa yang tak suka coklat :p hahhaa.
Antara kelebihanya ialah :

  Dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan
  Dapat membantu menajamkan mata dan minda
  Dapat bantu korang memulihkan keletihan saraf
  Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  Dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan


wooww,, banyak kan kelebihan dia. Memang siapa yang tak suka makan coklat, rugi terutamanya bagi orang yang nak menghafal formula math dan subjek lain. :D. tapi 1 perkara yang paling korang kena ambil tahu " do not eat too much " jangan makan terlalu banyak. Nanti penyakit lain pulak yang datang. Remember this oke. :)






' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

30 perkara yang lelaki mesti tahu :')




Hye peeps,
tiba - tiba tyrah rindu dengan korang especially blog yang huduh ni. Alahai kesian blog aku kena panggil si huduh. Hahahaa padan lah dengan muka kau wahai blog tersayang. Lembab sangat nak keluar. huh meyampah pun ada. 
Oke tadi tyrah ada terbaca satu entry dekat blog seseorang. Juzz nak kongsikan dengan korang je. hehehe

30 PERKARA YANG LELAKI MESTI TAHU

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

oke korang dah baca dah kan. Kbye :')





' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Friday, 18 October 2013

Cuti Ngaye Haji Itew :')







Hi *lambai tangan huh today hari yang paling borin coz tak ada cerita yang best - best. Yang ada pun cerita Cinta - Cintun jer. Bosan. Yeahhhh. Tambah - tambah mak dan ayah tak ada dekat rumah. Borin mak. Kalau boleh nak ikut diorang jer pergi Alor Setar. Grrr marah pun ada ni. Dari malam semalam lagi diorang warning dekat tyrah, diorang cakap tak boleh ikut sebab nak exam. Mak iahhhh 'Exam' pulak dah. 
Tdi aku study punyalah banyak tiba - tiba kawan aku ada hantar mesej dekat twitter. Dia cakap exam lagi 4 hari lagi. Gila wehhh 4 hari. Mati - mati aku ingat esok. Kurang Asham punya Exam.

Hahaha pasal Exam tu aku nak letak kat tepi dulu. Hari ni tyrah nak story pasal Raya haji tyrah pulak. Raya Haji kali ni memang best sebab dapat balik Perlis. Ye suka - suka. Sampai je dekat sana tyrah terus cari Iqah, 2 pupu tyrah yang omey2. hehhe dah besar pangjang dah dia skarang. Actually setiap kali balik sana tyrah memang akan cari dia dulu sebab dialah yang akan bawak tyrah pergi round - round kampung tu. Yeah yang round - round kampung yang paling best. Nanti aku ceritakan. Lepas search budak tu terus pergi mandi. :o *eh yang tu pun kau nak cerita. -_-. Malam tu aku tidur awal. Tau - tau lah kan letih.

Keesokannya, aku bangun awal dalam 8:45 pagi.* eh awal ke gitu :(. Aku bangun time tu pun sebab sepupu aku tolong kejutkan. eeeee waktu tu memang bising gila dia memekak kat telinga aku siap letak kucing Tutti lagi.. Alahai budak cemoyot ni :(.



Hah ni lah Tutti sepupu aku.. Binatang yang mempunya bulu yang lebat. Yelah lebat nama pun kucing kan     -_-. Lepas aku mandi mandi memang terkejut beruk lah macam mana lah binatang ni ada dekat sini siap landing dalam selimut aku. Ni semua kerja adik aku dengan sepupu dia lah tu. Hish sian Tutti.

Petang tu pulak aku ajak sepupu aku bawak aku pergi jalan - jalan. Time tu memang best jalan - jalan sambil naik basikal. erkk Basikal tu aku pinjam dengan sepupu aku. Tu pun sebab dia ada 2 basikal. Jadi aku pinjam jer lahh.hahahaha.Tak apa kan bukannya selalu. Lalalalalaalla


jeng jeng hahah sempat lagi ambik gambar dekat sawah padi. Sampai - sampai je dekat sana terkejut jugak tngok sawah padi tak berapa jadi. Dulu punyalah warna hijau cantik molek. Sekarang dah tak jadi macam tu dah. ermm maybe sebab masalah cuaca kot. oke yang stay sebelah aku dan basikal yang aku duduk tu kakak aku. Pendek kan dia. Dia kakak aku yang ke - 2. Orang dekat sana selalu je cakap dekat aku yang aku ni kakak dan kakak aku ni adik. Ish geram jugak aku kadang - kadang. Aku punyalah muda cakap kakak. ish dah melampau.

Masa aku round - round naik basikal tu banyak binatang aku jumpa.. pelik jugak aku . Haish bunyi *krik krik pun ada. Errr *krik  krik aku rindu bunyi tu. Teringat pulak aku dekat kawan - kawan dekat Kelantan. Miss them a lot. Memang excited gila - gila aku waktu tu memang tak ingat dunia lah sebab kakak aku buat lawak sambil naik basikal. Mujur tak jatuh ke dalam bendang sawah. 



Oke tengok lah permandangan yang aku ambik dekat sana. Cantik kan? Tengok dalam gambar bukit ni nampak kecik kan? tapi bila tengok secara live mesti korang terkejut sebab sebenarnya bukit tu tinggi.. Takut aku tengok. huh malas lah nak story pasal permandangan ni. Sampai esok pun tak habis. Oke Time to rest. Nak tido pulak. Kbye :)







' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Friday, 11 October 2013

99% berubah



Dear awak, kenapa sekarang awak berubah? Walaupun hanya 99% perubahan awak tapi bagi saya, saya dapat rasakan perubahan awak yang teramat sangat. Saya tahu setiap masalah yang berlaku bukan berpunca daripada awak saja , saya pun turut terlibat sama tapi satu je saya risau pasal perubahan awak sekarang. Awak dah belajar untuk membohongi saya. Ya awak dah lakukan semua tu. Awak dah lakukan tanpa memikir perasaan saya. Jahat sangat ke saya ni ?

Mungkin Allah nak bagi petunjuk dekat saya. "Dia" telah cerita dari A sampai Z dekat saya. awak nak tahu tak waktu tu saya cukup terkilan. Terkilan dengan apa yang awak dah lakukan. Awak tahukan saya dah terlampau percayakan awak. Awak tahu kan? Awak tahu kan semasa "masalah" itu berlaku saya amat memerlukan sokongan awak. Ya, waktu tu saya dapat apa yang saya nak. Saya dapat sokongan awak. tapi kenapa awak tipu saya. Awak sanggup kan bersubahat dengan dia untuk hancurkan hati saya. Sanggup kan awak? Awak dah tersangat - sangat berubah. Berubah sangat :"(

Awak mintak maaf dengan saya. Awak menangis waktu tu. Hati saya tiba - tiba jadi sayu. Saya maaf kan awak sebab saya sayang awak. Saya masih ingat awak selalu bantu saya. Walaupun saya tak mintak semua tu. Tapi sekarang awak dah tak lakukan semua tu. Awak layan saya nak tak nak je. Maybe sebab saya dah tak rapat dengan awak. Mungkin? Awak tahukan kita ni dah nak masuk 8 tahun bersama. Awak ingat tak awak ada cakap dekat saya yang awak akan jaga hati orang yang awak rapat. Kenapa saya tak! Siapa saya pada awak. Saya tahu awak tahu semua pasal tu kan. Tapi kenapa awak buat jugak?

Awak cakap awak benci dia. Right? Awak dah muak dengan perangai dia. Tapi kenapa awak layan dia macam awak memang kenal lama. Saya? Awak biarkan. Alasan awak sebab saya dah ada orang lain yang boleh menggantikan tempat awak. Tu je? Awak tak fikir apa yang awak dah buat dekat saya masa tu dah tersangat melampau. Banyak kali dah saya cakap dekat awak, jangan layan dia sangat. Tapi awak tak hiraukan semua tu. Awak still nak bela dia. Awak cakap semua yang dia buat pada saya tu perkara biasa. Mmmm biasa bagi awak, bukan bagi saya. Sekali dia cuba nak hancurkan hal peribadi saya, selama - lamanya dia akan terus cuba. Awak tak faham yang tu dan awak tak kan pernah faham.

Sejujur - jujurnya saya sayang awak. Saya ibaratkan awak seorangkan kakak yang boleh membimbing saya. Saya tak nak dendam dengan awak. Saya tak nak. Saya dah serik dah berdendam dengan orang terutamanya awak sebab saya tak nak awak terluka .Sebab tu lah saya tak nak awak berdendam dengan saya. Dan mulai sekarang, saya dah tak nak masuk campur hal peribadi awak lagi. Sebab saya rasa tak layak untuk semua tu. Saya harap awak faham. 

" Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, itu tidak kenalah. Sebab itu sudah tentu ketentuan Allah. Manusia kena akur dengan Allah. Setelah manusia diuji, Allah hendak tahap kesabaran dan keikhlasan kita.Orang kata hidup ini terlalu panjang tetapi sebenarnya hidup ini memang terlalu singkat sebab kita tak tahu apa yang ditakdirkan untuk kita esok hari. Mungkin segalanya akan berakhir dengan cepat. Sekelip mata sahaja berubah. Jadi, perlu persiapkan diri dengan lebih kuat untuk menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang."



' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Tuesday, 8 October 2013

Sebenarnya saya sayang awak












girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita..
boyfriend :untuk ape ? malas la .. awak ..petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..

girlfriend :hurm .. yelah..
boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..

girlfrend
: hadiah? .. ok ..
boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak ..

girlfriend
: awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cincin hubungan kita !
( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya ) lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas ..perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba- tiba patung itu berkata .. ' you .. see in my pocket.. ' dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata .. will you marry me ?? ..di saat itu .. mengalirnya
air mata perempuan tersebut .. tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama- lamanya .









' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Monday, 7 October 2013

i'm Back



Hi, bertemu kembali dengan tyrah hari ini. Hari yang sebelumnya busi skit. Serius bisi sangat nak siapkan band and beberapa tugasan pengawas.Aish sebut je Tugasan Pengawas takut pulak. Sapa yang tak takut bila cikgu sendiri cakap depan - depan kita masa dekat bilik pengawas. Kononnya tak pernah tugas asyik larikan diri jer.. auh stress lah kalau macam ni hari - hari. huh sabar jer lahh.

Hah hari Selasa kan datang, 15 Oktober 2013, Hari Raya Haji right? Oke masih belum terlambat untuk tyrah mengucapkan Selamat hari raya AidilAdha.Raya ni lagilah tyrah tak boleh buat entry baru.Ye lakan kena balik kampung jauh.Mana ada internet.errr nantilah nak tanya orang dekat - dekat sana.Takut - takut ada lahh. Boleh lah aku nak lepaskan rindu dekat blog yang penuh dengan kulat ni.EEEyeksss kulat.


Tapi hari yang paling best menggila - gila ialah esok. haha yeaaa!!. Esok 11 Oktober 2013, kakak tyrah yang omey tersangat - sangat tu nak balik dah. Tadi dia ada hantar mesej yang dia dah habis Exam. ermm merdeka dah lahh dia. Tinggal aku je yang sesat. Tahun depan PMR pun tak ada. PBSMR?arggghhh pulak dah. haishhh.Menatang apa pulak dah yang nak datang ni. :'(. Entah boleh ke tak aku nak menjawabnya :(.

Sebut pasal menjawab ni nak cerita satu story. Ahh terasa pulak waktu tu. Ada la kan tadi, tyrah ada main twitter, ada aku post 1 pasal. ee aku bukan reka - reka pun, aku Copy and Paste jer. yang mak cik limah balik kampung tu pergi menjawab tu bakpe.. aku sekeh kang. ish ni pun nak jadi masalah. Sikit je tu pun. ish tak apa lah bukan selalu cari masalah heheeh :'(. Serius aku memang terasa menggila - gila waktu tu. Ye lah kan, waktu tu aku je yang post yang tu. ermm sedey nye :( #_#

oke aku nak Chaw dulu. hahah nak tengok apa yang dia nak buat pulak hehehe lepas tu aku nak balas kejam lagi hehehe. habis lahh kau lepas ni. #_#






' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Sunday, 29 September 2013

This is little Chilren



Jawab salam atas wuu. Kalau tak jawab dosa tau.Hehehe x kasar kan :).Juzz joking , by the way memang kita sebagai umat islam kena jawab pun biarlah dalam hati, ana tak kisah. Ahh baca- baca dah kena tazkirah.Kesian ko :(

Today, 29 September 2013, hari yang sangat membosankan bagi tyrah. A'a bosan sangat. Ni yang gatal tangan nak taip keyboard ni kalau tak jangan harap gua nak sentuh benda ni :(. Hah kan dah keluar ayat gangsternya. Lebih - lebih lagi dekat skolah fuhhh memang tersangat-sangat bosan tak tau ceq nak habaq mai cam mana kat hang.Selalunya waktu nak dekat exam PMR ni cikgu busy tapi kali ni lain pulak diorang masuk kelas suruh buat BAND. Hah tu dia ambik kau. Sapa suruh jadi budak PBS sangat.Nasib kau lahh tyrah.


ermm jangan tengk lama sangat gambar dkat atas tu seram sangat-sangat.Meh sini tyrah nak memperkenalkan cewek yang sangt comey yang sbelah kiri ,Shazlifah namanya :).Haha beautiful girl right? She is my bestfriend.Yeahhhh. Mesti korang tertanya-tanya apasal lahh dua orang ni. Pelik je aku tengk. hahah. Actually, waktu tu kitorang tersangat-sangat bosan.Ada nampak macam Arab tak? Waktu tu dalam kepala hanya fikir,"ehh mesti cg BM tak masuk" Tetiba waktu kitorang dua ni tngh ambk gmbr happy-happy, posing habis-habisan, tetiba dia masuk. haishh mengganggu sungguh :( 



Hah berhentilah tengok yang atas tu.Dah orang cakap seram tu seram lah :(. haishh kan dah kena marah!
Second pictures ni time balik sekolah.hahha. Muka ceq lucu bangat sih. Bahagian kiri the Beautiful Girl again. yang tu kakak Tyrah.Kita dua ni pengawas skolah tau. Acacehh berlagak nya :(.ehh kita tak macam tu pun :)

Oke dah cukuplah cerita pasal skolah yang entah pape tu :p.Skarang aku nak story pasal aku pulak.Hahaahaha.Eh mestilah ni kan blog aku.Suka hatilah :p.



Diberi nama Nur Atyrah.Orangnya tak secantik bidadari pun.Tak setanding kawan-kawan tyrah yang lain.ermm perasan lagi   :(. Sorry lah ye budak ni gedik sikit.Eh ada aku kisah ke? x de kan :p
Maaflah aku ni tak perfect.Just macam orang biasa yang ada perasaan, masalah, x lebih dari tu pun.
Nak kutuk, kutuk lah aku tak kisah.Aku suka sebab aku dapat pahala daripada kau.Thanks.




Biar apa orang kata.Mulut manusia takde siapa yang boleh tutup.

Fake Smile Can Hide A Million Tears

:)















' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Thursday, 26 September 2013

Back to December


Taylor Swift - Back to December


I'm so glad you made time to see me.
How's life? Tell me how's your family?
I haven't seen them in a while.
You've been good, busier than ever ,
We small talk, work and the weather ,
Your guard is up and I know why.
Because the last time you saw me
Is still burned in the back od your mind.
You gave me roses and I left them there to die.

So this is me swallowing my pride ,
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night,"
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you.
Wishing I'd realized what i had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I go back to December all the time.

These days I haven't been sleeping,
Staying up, playing back myself leavin'.
When your birthday passedand I didn't call.
And I think about summer, all the beautiful times,
I watched you laughing from the passenger side.
Realized taht I loved you in the fall.

And then the cold came, the dark days when fear crept into my mind
You gave me all your love and all I gave you was "Goodbye".

So this is me swallowing my pride ,
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night,"
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you.
Wishing I'd realized what i had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I go back to December all the time.

I miss your tanned skin, your sweet smile,
So good to me, so right
And how you held me in your arms thats September night -
The first time you ever saw me cry.

Maybe this is wishful thinking,
Probably mindless dreaming,
But if we loved again, I swear I'd love you right.

I'd go back in time and change it but I can't.
So if the chain is on your door I understand.

But this is swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December...
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I'd go back to December, turn around and change my own mind

I go back to december all the time.
All the time.



:')





' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Wednesday, 11 September 2013

Fakta tentang kawan





Lebih baik ada musuh yang mengaku dia benci kita daripada ada kawan baik yang mengaku sayang kita tapi belakang kita, kutuk-kutuk kita.

Seorang sahabat yg baik tak perlu utk menyindir atau menegur kawan mereka dgn cara memerli. Malah dia menegur dgn cara yg penuh 'MAKNA' :')


Maksud "Bestfriend" adalah kawan yang selalu ada dengan kita tak kira susah atau senang dan bukan kawan yang selalu tikam belakang


Sahabat tak seperti Kawan. Kawan mudah di cari dan mudah juga untuk Pergi. Tapi Sahabat sukar di cari. Tapi Setia menemani hidup kita.


Kawan yg Awesome, bila kita susah dia datang menolong. Bila kita sunyi dia datang hiburkan. Bila kita merajuk dia yang pujukkan.


Dalam beribu kawan, mungkin akan ada seorang atau dua orang sahaja yang betul betul akan memahami kita dan sentiasa ada ketika kita susah.


Tak perlu cari kawan yang baik, tapi cari lah kawan yang boleh membawa kamu ke arah kebaikan. InsyaAllah kekal


Kawan makan kawan? Kawan Tikam Belakang? Kawan Talam 2 muka? Dah jadi adat dalam kita berkawan. Tak perlu marah, sabar dan doakan dia :)





:)


' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Sunday, 8 September 2013

Merdeka Raya




Yeahh i'm back.Borin borin borin duduk rumah sorang2.. today hujan lebat sangat2. huh seram lah pulak.Hari saja2 curi bukak benda ni hehehe sepatutnya tyrah kene hafal untuk pembetangan esk tapi perangai malas pulak mari.. :p..  oh today x nak taip banyak2. kesian pulak dengan orang yang kene baca :p simpati k dengan korang :).. baik tak tyrah? hahaha *perasan :D hari ni je tu.

hahh oke bila korang baca tajuk kat atas tu nampak interesting right? ermmm petang ni nak cita pasal tu pulak..Actually program ni  lama dah berlalu.Rasanya seminggu.Tahu tahu lah kan tyrah ni org bizi sikit :( baru skarang boleh buat benda ni semua ;'(. nak buat kenangan lah katakan.

Merdeka Raya tahun ni sememangnya best tambah2 dengan adanya family baru.. hahaha skarang ni dah ad banyak family..bangga sebab diorang semua nya sporting habis.Love u PRS.




See alls.. hahaha cantik kan diorang bagi girls lahh yang laki tu hensem :3..haa yang pakai baju merah tu nama Leenda dan budk yang comel ni sekelas dngan tyrah..yang baju biru tu nama Shakir.The beautiful girl yang pakai selendang koko nama ieqah.. Cantik kan nama tu secantik tuan dia.. -_- apa pon korang dah tak boleh tackle dia.. dah berpunya da pun :).. n akhir sekali, kak yana. antara banyk manusia dalam PRS yang paling tyrah suka ialah Kak yana.. dia tu sporting habis tau.. tengk macam mana kak tu pakai baju skarang dah tertarik hahaha.. :D. oh sorang lagi diberi nma balqis.. lembut orangnya tapi x single dah *taken.



ermm.. beautiful ladies again.. yang pakai speak tu mama tyrah :) cantik kan? hahaha actually semua prs call her mama.. sweet kan erkk?.Masa tu x sempat nk ambk gmbar skali ngn mama.. tngk masa tu mama bizi jalan pon cepat2 :( sedey. sokay tahun depan masih ad lagi kalau  umur panjang. Yang sebelah mama tu pulak my bestfriend. orang panggil dia fatin ghah.. gambar tahun ni penuh dengan fatin ghah biasalah orang minat ambk gmbr.. jangn jeles :p



hahaha.. biasalah lahh tu.. hehehe korang mesti dah dapat tangkap siapa org yang depan skali :(. yang bertudung purple tu mimiey. also taken. hai semua bertaken2 ni. x best lahhh x de geng :).hahaha yang tudung hijau tu siapa lagi tyrah lahh.. sja nak kacau diorang ambik gambar.. baru best :3



oppsss ada sorang lagi :). sini tyrah kenalkan. Tudung pink tu Qasren. Dia study dekat sebelah kelas tyrah.. cantik kan? :3 ermm.. yang cute tu plak form 1.. huhuuhu x sempat nak tanya nama apa.. Hari tu dialah paling comel .. hihiii.. masa on fb terjumpa gmbar dia dengan senior tyrah.. ahaakkkss sweet sangat.. mehh sini tyrah tunjuk :D


hehehe.. ni dia sweet kan diorang.. nma senior tyrah tu Fakrul Razi. Dengar2 dia masih single.. hahaha :3

Miss time ni sangat2. Tambah2 dalam bilik kauseling.Penuh dengan gelak ketawa diorang.Maybe tahun depan tak macam tahun ni.Sedey sangat2. so, sampaii situ je kot.. td kan tyrah ada cakap tak nak taip panjang2.. kesian korang..urmm okelah tyrah *chaw dulu. bbye :*



Love u PRS




"Hidup tak selalu indah , tapi yang indah itu , tetap hidup dalam kenangan"


 :)








' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Saturday, 7 September 2013

Aku merindui kamu :')



Jawab salam dulu baru baca oke.. hahaa .selamat pagi semua!! baru sehari tinggal blogger dah rindu membuak- buak dah :'(. Hari ni ambik peluang senyap2 tak nak pergi skolah.. puas semalam pujuk mak dan abah coz x nak pergi skolah..bukannya apa hari kalau pergi pon xde nak buat apa2.. kawan2 pon semua nak tambah cuti sendiri lagi.. hahah nasiblahh cikgu dekat sekolah skarang kan ? :p.. tapi stay rumah pon apa kurangnya pejam celik pejam celik diorang dah nak balik dr skolah dah.. lantak diorang lahh..*kejam :3

Actually , hari ni tyrah nak story about orang yang tyrah rindu,,sangat2 rindu...menangis sob2 dah ni sbb terlalu rindukan dia , my lovely sistar.. i miss you so much..Macam mana dekat kolej oke? Every thing oke kan? Cepat masa berlalu dah nak masuk 5 bulan dah kita berjauhan.Langsung x sangka sebelum ni kita rapat sangat dan skarang kita jauh sangat.Mesej pon jarang2 sangat apatah lagi call maybe kak long busy dengan pelajaran kak long..orang sini sedih bila teringat kak long.. entah semenjak kak long pergi sana, kita sini rasa borin..rindu sangat2 lahh katakan..:')

Tahun ni raya x seberapa meriah sbb kak long balik skejap...rasa kekok mula ada dlam diri adk maybe sbb kita dah lama tak duduk sebumbung right? hahahah..Tapi raya yg ke-2 jd x kekok dahh.. main sama2 , bual sama2,, bila dfikir balik rasa macam orang kapel pulak :o..ehh ehh takk tak..-_- rasa macam adk beradik pulakk..ehh mmg kita adk beradik lahhh*bengong sungguh aku nihh*

Semalam 6/9/2013 pukul 10 malam kak long ada call..terubat sedikit rindu nihh sbb boleh dengar gelak ketawa kak long :*..Hari ni kak long akan bertolak ke dari Shah Alam ke Perak right? Mesti best kan dkat sana tambah2 nak pergi waterpark :D. main main air .heheeh awesome sungguh group kak long.. sporting habis :D.. apa2 pon semoga sampai dengan selamat..Adk akan doakan akak..



you're everything to me sister <3 miss you a lot sepet


:)

" I was smiling yesterday, I'm smiling today, and I will smile tomorrow simply 'cause life is too short to cry for anything. ❤ "











' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

Small Cute Blue Gray Pointer